MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kenyataan Media : Belia Berkemahiran Tarik Nafas Lega

KENYATAAN MEDIA

BELIA BERKEMAHIRAN TARIK NAFAS LEGA

 

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KSM) di atas tindakan segera menyelesaikan isu kuota permohonan pinjaman latihan kemahiran untuk lepasan sekolah.

Pengumuman menerusi surat kepada semua penyedia latihan kemahiran berdaftar pada 7 Jun 2018 dilihat memberi semangat baru kepada golongan belia yang ingin menyertai latihan kemahiran bagi pengambilan Jun/Julai 2018.

Walaupun tindakan serta-merta telah diambil dalam menangani isu berkenaan, MBM masih terus berharap agar sistem kuota dihapuskan bagi membolehkan lebih ramai lagi belia mendapat manfaat pinjaman latihan kemahiran di dalam bidang teknikal dan vokasional (TVET) yang mereka minati.

Untuk itu, MBM merayu kepada kerajaan melalui KSM agar sejumlah dana yang besar diperuntukkan kepada PTPK dalam memastikan peluang melanjutkan pelajaran ke aliran TVET dapat dicapai dan akhirnya melahirkan tenaga mahir yang mencukupi untuk keperluan industri negara.

MBM turut menggesa dan mengingatkan penyedia latihan agar memastikan kualiti latihan dipertingkatkan di samping menjaga kebajikan pelajar masing-masing selepas isu pendanaan diselesaikan oleh kerajaan.

 

Sekian terima kasih.

 

MOHAMMAD RIZAN HASSAN

KETUA PENERANGAN 

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

Tarikh     : 11 Jun 2018

Telefon    : (013) 7733676

Email      : mdrizanhassan@gmail.com

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »