Sejak banjir besar tercetus kira-kira seminggu yang lalu khususnya di Lembah Klang, ramai kenalan dan sahabat handai serta keluarga terdekat menjadi mangsa banjir.
MBM juga turut merasa dukacita kerana Naib Presidennya yang juga Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor dan Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Langat, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Che’an di kalangan kawan-kawan turut menjadi mangsa.
Rumah beliau di Jalan Mutiara 6, Taman Sri Nanding, Hulu Langat tiba-tiba menjadi tumpuan.
Apa tidaknya, mana-mana rakan NGO belia yang turun membantu dan menggerakkan misi banjir, kami mohon fokuskan di Jalan Mutiara 6 ini.
Lama kelamaan jalan ini “hidup” dengan gerak kerja tanpa putus-putus. Sumbangan bantuan seperti makanan, barangan, sukarelawan dan apa sahaja mula tertumpu di jalan ini.
MBM juga menggesa mana-mana rakan badan gabungan MBM yang ingin turun ke lapangan, fokuskan di sini. Begitu juga saranan kami kepada rakan-rakan NGO yang lain.
Ini bertujuan supaya dapat meringankan beban Sdr. Sherhan selain membantu meringankan beban keluarganya. Apabila beban besar ini selesai, saya percaya Sdr. Sherhan boleh bergerak lebih laju untuk membantu jiran-jiran dan komuniti di jalan-jalan dan lorong-lorong yang lain pula. Itulah hasratnya.
Sejak kami berkampung membantu di situ, ramai sekali kawan-kawan yang tampil hulurkan bantuan dan memberikan sokongan.
Terima kasih Gupreet dan team (Belia Sikh) Ibnu Isa dan team (MBD Larut Matang, Perak) Don dan team (MAYC Perak) Zakir dan team (Pepias Selangor) Mohamed Naseer dan team (Majlis Belia Wilayah Persekutuan) Cikgu Zainul dan team (Yayasan Amirul Ummah) Pak Atan dan kuncu2nya (Team 4X4/Outdoor) Rizan Hassan dan tenteranya (Belia Mahir) Sherhan Nizam Abdul Aziz dan kawan2 YBK (Yayasan Basmi Kemiskinan) Team luar (Salihin Chartered Accountant) Shahrizal Azwan Bin Samsudin dan relawan MRA (Malaysia Relief Agency) encik Mohd Hasri dan kawan2 (iLead KBS) Abang Ku Nan dari KNPI Malaysia, Staff MBM dan banyak lagi yang tidak sempat saya sebutkan di sini. Juga kepada saudara Faiz Shuhaimi my teammate.
Dan perhargaan terima kasih tidak terhingga kepada Syafiq Ridzwan Jamaluddin dan relawan MBS (Majlis Belia Selangor) yang tidak putus-putus memberikan komitmen dan hari ini, Majlis Belia Felda Malaysia , Muhammad Fadzli Hasan bos MBFM menghantar hampir 200 orang relawan untuk membantu di sini. Terima kasih banyak-banyak. Hanya tuhan dapat membalas sebaiknya.
Kami menggelarkan jalan ini sebagai “Jalan MBM” – sebagai kenangan berharga pada masa akan datang.
Sengaja dicoretkan kisah panjang di sini, juga untuk kenangan buat tahun-tahun mendatang.
Apapun, masih banyak rumah yang belum disentuh dan dibantu. Kami harapkan lebih ramai sukarelawan belia tampil memberikan khidmat bakti dan lebih ramai para penyumbang menambah amal bakti.
Semoga Hulu Langat kembali segar! Sama-sama kita doakan.
Coretan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun merangkap Pengerusi Biro Kesukarelaan MBM.
Bertarikh : 28 Disember 2021