MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kempen #SekolahSelamat Atau Sebagai ‘#MakeSchoolASaferPlace Campaign’

Kempen #SekolahSelamat atau lebih dikenali sebagai ‘ #MakeSchoolASaferPlace Campaign ‘ mula tular apabila seorang pelajar bernama Ain Husniza menggunakan platform TikTok dan Twitter untuk bersuara tentang guru PJK beliau yang telah mempermainkan isu rogol di dalam kelas sebagai bahan lawak bersama pelajar lelaki yang lain. Disebabkan itu, kempen ini mula tular di media sosial dan pelajar perempuan di seluruh Malaysia mula berani bersuara tentang perkara ini dan mereka meluahkan pengalaman mereka yang kurang selesa di sekolah seperti rogol sebagai bahan lawak, gangguan seksual dan pemeriksaan haid di sekolah oleh guru-guru di sesetengah sekolah.

  Mengapakah kita perlu mengambil isu ini dengan lebih serius? Apabila mangsa gangguan seksual cuba untuk bersuara tentang perkara ini, mereka menjadi takut kerana tidak mahu menjatuhkan identitinya lebih-lebih lagi di sekolah. Bukan itu sahaja, memalukan mangsa gangguan seksual yang cuba bersuara demi kebaikannya akan mempengaruhi mangsa gangguan seksual yang lain untuk bersuara kerana mereka juga mahu menjaga maruah mereka. Jika perkara ini dinormalisasikan , boleh menyebabkan ramai mangsa mengalami masalah mental dan lebih teruk lagi, boleh menyebabkan ‘depression’ atau ‘anxiety’ dalam diri seseorang.

  Oleh itu, bagaimanakah untuk menangani isu ini atau ‘how do we #MakeSchoolASaferPlace ?’ . Antara cara yang paling baik dan paling berkesan ialah memperkasakan guru kaunseling di seluruh negara. Guru kaunseling mesti diberikan khusus dan latihan dan tekankan isu seperti gangguan seksual, ‘depression’ , ‘anxiety’ , rogol dan lain-lain yang berkaitan. Guru-guru kaunseling perlulah memberi komitmen dan memainkan peranan untuk menjayakan #SekolahSelamat di mana sahaja pelajar berada. Peranan guru-guru kaunseling memainkan peranan dan komitmen yang sangat besar tentang isu gangguan seksual dan rogol ini. Tidak semestinya guru kaunseling sahaja yang perlu memainkan peranan, guru-guru lain juga perlu bekerjasama dalam isu ini.

  ‘Sexual education’ juga perlu disegerakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah merupakan platform yang sangat penting untuk para pelajar menimba ilmu. ‘Sexual education’ bukan sahaja tentang cara untuk mengelakkan perbuatan seks, tetapi ‘sexual education’ perlu dibahagi secara berperingkat. Contohnya, peringkat rendah dan peringkat menengah. Peringkat rendah perlu diajar kepada pelajar sekolah rendah tentang sentuhan dan keselamatan diri. Peringkat menengah pula diajar kepada pelajar sekolah menengah tentang perasaan, ‘relationship’ , seksualiti, penyakit seks dan yang paling penting, seks yang selamat.
 
  Selain itu, banyak NGO telah memainkan peranan untuk mewawarkan kempen #SekolahSelamat di Malaysia. Antaranya, @junior.mbm (Instagram) yang telah menjayakan forum #SekolahSelamat , @kau.ok.tak (Instagram) menjayakan Forum ‘Open Mic’ Sekolah Selamat Tak? , @savetheschoolsmy (Instagram) menggunakan platform Instagram untuk pelajar di seluruh Malaysia berkongsi tentang pengalaman gangguan seksual di sekolah, @thenoeoproject (Instagram) menggunakan platform untuk berkongsi kepada orang awam tentang isu #SekolahSelamat dan lain-lain.

 Sekolah tidak akan selamat tanpa kerjasama semua pihak. Oleh itu, jangan bergantung kepada pihak atasan. Kita, bersama-sama boleh dan patut menjadikan #SekolahSelamat demi kebaikan pelajar untuk menimba ilmu dengan selamat demi kebaikan pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.

Disediakan oleh : Azman ‘Azhim Bin Roslan, 18 tahun, Mantan Ketua Junior MBM.

Tarikh: 24 Jun 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »