PUTRAJAYA 2 April – Ekoran beberapa insiden berkait soal keharmonian kebelakangan ini, satu Majlis Dialog Bersama Pertubuhan Pelbagai Kaum dan Agama telah diadakan di Kompleks Islam di sini.
Dialog ini melibatkan wakil pemimpin daripada 300 badan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Ulama Malaysia, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia, Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) dan Friendship Group of Inter-Religious Services.
Dialog bertujuan mendengar pandangan dan idea daripada pelbagai pihak untuk mengukuhkan perpaduan di negara ini.
Pada majlis tersebut, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan turut melancarkan Kempen #KitaKawan : Jom Suburkan Perpaduan dan Keharmonian antara lain mengajak masyarakat mengetepikan perbezaan dan mengutamakan keharmonian.
MBM diwakili Naib Presidennya, Sdr. Gobi Kumaran, Setiausaha Agung, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM Sdr. Eow Shiang Yen, Sdr. Ahmad Farhan Rosli dan beberapa pimpinan gabungan MBM.






