MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUPUR 12 Mei – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mengambil tempat pelaksanaan Kembara Jumpa Orang Muda (Kembara JOM) kali ini bertempat di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kerja Raya di sini.

Inisiatif Kembara JOM sebagai platform kepada pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBSMalaysia.

Ia menjadi wadah bagi pemimpin belia menyampaikan hasrat, pendapat dan pandangan pembangunan belia terutamanya berkaitan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) dan Pindaan 2019 (Akta A1602)

YB Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan hadir ke sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia seterusnya berinteraksi bersama belia-belia.

Melalui sesi townhall ini, suara anak muda dari pelbagai latar belakang khususnya belia bandar didengari, dihimpunkan menyentuh pelbagai aspek, isu pembangunan belia.

Tahniah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan, Majlis Belia Wilayah Persekutuan khususnya KBSMalaysia atas inisiatif baik ini demi pembangunan generasi muda.

Hadir sama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Encik Mohd Nizam Haji Ismail; Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Khairul Rizam Abu Samah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »