MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kembara JOM terbang ke borneo temu anak muda Sarawak

KUCHING 4 Ogos – Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) terbang ke Borneo bagi bertemu anak muda Sarawak. Edisi kali ini berlangsung di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching.

YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri KBSMalaysia berkongsi idea dan aspirasi anak muda Sarawak dalam sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia.

Program ini turut dihadiri YB Dato Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak dan Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak.

Sempena lawatan kerja rasmi ini juga, YB Timbalan Menteri turut menyantuni komuniti belia dan sukan di Pantai Pandan Lundu dalam program ‘Kopi-Kopi bersama YB Timbalan Menteri’.

Turut hadir Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun; Exco MBM, Sdr. Ahmad Farhan Rosli; Sdr. Iszuan Haroni, Setiausaha Eksekutif Saberkas dan pimpinan Saberkas Negeri.

Kembara JOM diadakan bagi membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas dan pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi KBS.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »