IPOH 22 Julai – Selepas Perlis, program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) singgah ke destinasi seterusnya iaitu di Negeri Perak.
Bertempat di Kolej Poly-Tech MARA Ipoh, YB Adam Adli Abd Halim Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengendalikan sesi townhall ‘Pelan Transisi Kepimpinan Belia’ bagi berkongsi idea dan pandangan daripada pemegang taruh belia supaya draf pelan ini dapat disampaikan terus kepada kepimpinan tertinggi KBSMalaysia.
Hadir sama ke program ini Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Negeri Perak, YB Khairudin Abu Hanipah.
Maklum balas dan pandangan yang diterima ini akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668].
Turut sama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Belia) JBSNegara, Dr. Zainah Shariff; Pengarah JBS Negeri Perak, Puan Nor Azah Ahmad Dahalan; Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid; Presiden Majlis Belia Negeri Perak, Sdr. Puhaz Saleh; Exco MBM, Sdr. Ibnu Isa Mat Rashid dan kepimpinan MBN Perak.