MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kejohananan Esports Para MEL 21 Peringkat Akhir (Grand Final)

PETALING JAYA 24 Okt – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia hadir menyaksikan pusingan Peringkat Akhir Kejohanan Esports Para MEL 21 di pejabat Genysis Entertainment (M) Sdn. Bhd.

Turut serta Encik Muhammad Fadzli Ab Rahim, Naib Presiden (Operasi & Pembangunan), Esports Integrated (ESI) serta Sdri. Sallh Peh, Ketua Pegawai Operasi, Techninier Sdn. Bhd.

Kejohananan Esports Para MEL 21 merupakan kejohanan Esukan Para OKU pertama yang dianjurkan di Malaysia, berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober 2021 menawarkan hadiah hadiah terkumpul sebanyak RM10,000 dalam cabaran permainan PUBG bagi kategori solo dan berkumpulan yang terbuka khusus kepada Belia OKU.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »