MAJLIS BELIA MALAYSIA

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW PIALA PRESIDEN MBM

SEBERANG PERAI 15 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Kebudayaan, Sukan dan Hidup Sihat berjaya menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden MBM (Terbuka) 2019.

Kejohanan bertempat di SMK Mutiara Impian melibatkan penyertaan 48 pasukan dari sekitar daerah ini.

Perlawanan berlangsung secara kalah mati melibatkan bakat baru yang tidak pernah menyertai pertandingan negeri sedikit sebanyak memberi peluang sama rata dalam pertandingan ini.

Keputusan akhir menyaksikan regu Presspo dinobatkan sebagai Johan dan regu JLJ C Naib Johan. Regu JLJ A dan Bertam Perdana pula meraih tempat ketiga dan keempat.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha. Peserta menerima hadiah tunai dan piala.

Kejohanan juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran penonton dan tetamu bekas-bekas pemain Negara dan Kebangsaan. Melalui kejohanan ini kita dapat mencungkil bakat baru dan bersaing secara sihat melalui sukan.

Semoga kejohanan ini akan diteruskan dan dilaksanakan dengan skala lebih besar.

Hadir sama Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »