MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kejohanan Golf Persahabatan Hari Belia Negara 2017

Nilai 20 Mei – Telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Golf Persahabatan Hari Belia Negara 2017 pada 20 Mei 2017. Program ini berlangsung di Nilai Spring Golf Club di Nilai merupakan anjuran bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Acara ini merupakan penutup bagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan untuk tahun ini.

Dimulakan pada jam 2.00 petang dan Majlis Penutup serta Penyampaian hadiah telah berlangsung pada jam 6.45 petang dengan penyertaan seramai 40 golfer yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa MBM, Ahli Dewan Tertinggi MBM, Agensi KBS, Alumni MBM dan beberapa agensi dan komuniti yang sentiasa bersama MBM.

Pertandingan ini turut diserikan dengan kehadiran Dato’ Lokman Hakim, Ketua Setiausaha KBS sebagai golfer jemputan.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »