MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kehangatan Sambutan Hari Belia Negara – 15 Mei 2017

Putrajaya 17 Mei – Sambutan Hari Belia Negara adalah acara kemuncak kepada Hari Belia Negara yang berlangsung di IOI Marriot Hotel, Putrajaya ini dirasmikan oleh YAB. Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Dimulakan dengan Konvensyen Belia Kebangsaan (KBK) yang bertemakan ‘Transformasi Nasional 2050 (TN50): Aspirasi Kepimpinan Bangsa Angkasa’. Tema ini dipilih dengan hasrat untuk membincangkan mengenai kepimpinan bangsa angkasa iaitu bangsa yang sentiasa mempunyai impian tinggi bagi melahirkan lebih ramai belia berkualiti dan berjaya mencipta kejayaan besar. Berdasarkan tema tersebut merangkumi pemikiran baru ialah berfikir dalam kerangka minda mengikut peredaran masa, kreatif dan inovatif mencipta metodologi baru dalam membawa perubahan sebagai seorang kepimpinan. “Bangsa Angkasa” atau Space Nation adalah bangsa yang sentiasa mempunyai impian tertinggi.

Program ini melibatkan 3 orang panel, mempunyai kepakaran masing-masing iaituDr. Wan Wardatul Amani, Wanita Pertama Malaysia Terlibat dalam Misi Penghantaran Penyelidikan ke Angkasa, En. Syukran Idris, Pengasas Kem Angkasa Generasi Marikh dan Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Malaysia Pertama akan berbincang tentang cabaran-cabaran yang bakal dihadapi belia menjelang tahun 2050, khususnya dalam bidang sains dan teknologi. Ia mengubah corak pemikiran generasi muda agar mereka lebih melibatkan diri dalam sains angkasa dan juga melahirkan sebuah negara yang rakyat bersemangat dan berdedikasi yang percaya kepada diri untuk membawa negara ke satu tahap status yang lebih berkesan dan lebih tinggi.

Turut diadakan sesi cabutan bertuah buat mereka yang mengisikan Kad Inspirasi TN50.

Acara kemuncak iaitu ucapan aluan Presiden MBM Tuan Hj, Mua’amar Ghadafi Jamal, ucapan perasmian oleh YAB. Dato’ Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan diteruskan dengan pelancaran aplikasi Ranger serta majlis Anugerah Belia Perdana :

-Kelab Beliawanis Sri Sepang telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia

-Pertubuhan Belia Beliawanis Bukit Kuda telah dinobatkan sebagai Naib Johan Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia

-Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu Lelaki ialah Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz

-Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu Wanita ialah Sdri. Nurul Syafinaz Ishak

-Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Emas Remaja Perdana ialah Sdr. Ka Kai Fong

-Pemenang Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Khas ialah Dr. Mohd Lutfi Fadil Bin Lokman

Turut hadir sama memeriahkan Sambutan Hari Belia Negara 2017 adalah YB. Brig. Jen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia dan Sukan Malaysia, YB. Datuk M. Saravanan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Ybhg. Dato. Lokman Hakim Ali Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Ybhg. Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Presiden Majlis Belia Malaysia, barisan Exco-Exco MBM, Ahli Dewan Tertinggi MBM dan pertubuhan-pertubuhan belia yang lain.

 

        

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »