PUTRAJAYA|22 April – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menyerahkan sumbangan bantuan pentadbiran bernilai RM2 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) dan pertubuhan-pertubuhan belia di bawah naungan MBM selepas sesi perbincangan bersama kepimpinan belia semalam.
Daripada jumlah itu, RM1 juta diberikan kepada MBM dan RM1 juta lagi diagihkan kepada 19 pertubuhan-pertubuhan belia di bawah gabungan MBM.
Simbolik serahan disampaikan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato Sri Reezal Merican Naina Merican.
KBS berharap bantuan pentadbiran tersebut dapat membantu pertubuhan-pertubuhan belia induk, kebangsaan dan negeri untuk melaksanakan peranan mereka sebagai penggerak pembangunan belia dengan lebih berkesan.
Turut sama Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB. Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal, Ketua Setiausaha KBS, Datuk Dr. Waitchalla RRV Suppiah, Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam dan pegawai kanan KBS.