MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kayuhan Patriotik: PM bersama belia

PUTRAJAYA, 4 April 2013 – Bahang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) semakin dirasai apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pembubaran parlimen pada hari ini. Genap empat tahun beliau menggalas tugas, amanah, dan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri.

Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia turut diadakan sempena ulang tahun keempat Najib menerajui kerajaan Malaysia di samping bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk lebih dekat dengan pemimpin. Majlis Belia Malaysia (MBM) juga tidak terlepas untuk mengambil bahagian dalam program tersebut.

Sejajar dengan nama program Kayuhan Patriotik 1Malaysia tersebut, MBM turut mengambil peluang menggerakkan Kempen Perpaduan : Daulat Negara melalui pemberian riben biru kepada peserta-peserta Kayuhan Patriotik 1Malaysia. Riben biru tampil simbolik sebagai tanda perpaduan rakyat Malaysia menyokong kedaulatan negara sejajar dengan penyertaan program ini yang terdiri dari segenap lapisan masyarakat.

Hadir sama didalam program tersebut adalah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed; Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek; Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon; Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen; Datuk Seri Liow Tiong Lai, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui; Datuk Seri S. Subramaniam, Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Manakala Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Majlis Belia Malaysia(MBM) yang turut hadir didalam program Kayuhan Patriotik1Malaysia termasuklah Presiden Majlis Belia Malaysia saudara Mohamed Maliki Mohamad Rapiee; Setiausaha Agung saudara Mohd Zaidi Aziz; Pengerusi Tetap saudara Khairul Anwar El Syazalli Musa; Bendahari Kehormat saudara Mahendran Nadason dan Exco saudara Ahmad Daniar Ismail. Lebih 10,000 orang termasuk pegawai kerajaan, artis, orang kelainan upaya (OKU), pelajar-pelajar sekolah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) turut membanjiri program hasil dari cetusan idea YAB Perdana Menteri tersebut.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »