Kuala Lumpur 27 Mac – Karnival Sukan Perpaduan Dan Integrasi Belia Negara 2016 yang dianjurkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dengan Kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Persahabatan Khidmat Antara Agama yang bertempat di Sport Arena Sentosa, Taman Sentosa Kuala Lumpur yang bermula pada pukul 9.45 pagi hingga 2.00 petang.
Karnival sukan ini disertai seramai 120 orang dimana dibahagikan kepada 2 kategori iaitu Bola Jaring untuk perempuan yang mempunyai 3 kumpulan dan Futsal untuk lelaki yang mempunyai 10 kumpulan. Karnival tersebut dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh pihak penganjur kepada peserta. Seterusnya diteruskan dengan aktiviti perlawanan masing-masing.
Pada pukul 11.20 pagi adalah sesi Majlis Perasmian yang dirasmikan oleh Sdr. Eric Choo Naib Presiden MBM juga turut dihadiri oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr. Fazril Salleh Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Sdr. Mohamad Raimi Presiden ABIM. Majlis diteruskan dengan pembahagian cenderamata tanda penghargaan kepada tetamu yang dihadir.
Sesi sambungan perlawanan diteruskan kembali sehingga pukul 1.30 petang. Majlis penutup dirasmikan oleh Sdr. Mohamad Raimi Presiden ABIM dan sesi pembahagian hadiah kepada disempurnakan oleh Presiden ABIM dan Presiden PKPIM.
Sesi berakhir dengan sesi bergambar dan jamuan tengahari.