Pulau Pinang | 29 – 30 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan badan gabungannya telah mengadakan Karnival Sukan Belia yang berlangsung di Nibong Tebal.
Antara aktiviti yang diadakan adalah, Kejohanan Sepak Penalti, Kejohanan Perpaduan E Sukan, Pertandingan Sukan Tradisional, larian, futsal, pertandingan karom dan badminton.
Hadir merasmikan aktiviti – aktiviti yang dianjurkan, YB Fahmi Zainol ; Exco Agroteknologi dan keterjaminan Makanan Pulau Pinang, YB. Daniel Gooi Zi Sen ; Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail ; Menteri Dalam Negeri dan Encik Mustafa Kamil Ayub ; Pengerusi Insken.














