MAJLIS BELIA MALAYSIA

Karnival Skills Malaysia Mendapat Sambutan Meriah

Shah Alam 16 Ogos – Karnival Skills Malaysia Zon Tengah 2017 yang berlangsung selama 3 hari dari 12 Ogos hingga 14 Ogos 2017 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam ini mendapat sambutan meriah daripada golongan belia khususnya pelajar-pelajar kolej yang hadir.

Program ini merupakan jalinan kerjasama antara agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia iaitu Jabatan Pembangunan Kemahiran, Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang menawarkan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah, lulusan diploma dan ijazah serta kekosongan untuk Sijil Kemahiran Malaysia melalui sesi temuduga terbuka.

Karnival ini telah menghimpunkan kira-kira 60 majikan pelbagai industri termasuk daripada sektor perhotelan, industri halal, industri tenaga, automotif, maritim, minyak dan gas serta teknologi maklumat.

Pelbagai acara menarik yang telah berlangsung sempena Karnival Skills Malaysia seperti Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia 2017 Peringkat Akhir, Seminar Duta Remaja Berkemahiran, pameran agensi latihan kemahiran, demo kemahiran, penempatan latihan kemahiran, Kursus Kemahiran Menjana Pendapatan, Skills Job Fair, National Robot Challenge, Dialog Bersama Industri, Konvokesyen SLDN dan program Explore Skills Race.

Karnival ini diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah National Robot Challenge (NRC 2017) dan Pertandingan Akhir Teknologi Automobil Proton sempena Karnival Skills Malaysia Zon Tengah 2017 yang dirasmikan oleh YBhg. En. Amir Bin Omar Timb. Ketua Setiausaha Dasar & Antarabangsa dan turut hadir YBrs. En. Nizam Bin Kamarulzaman Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran dan Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM/ Ketua Sekretariat 1B1K.

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »