Selangor | 31 Disember – Telah berlangsung Majlis Perasmian Karnival Seni Belia 2024 yang diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Hadir merasmikan program tersebut, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid; Presiden MBM.
Turut hadir para pelakon dan penyanyi yang menjadi juri pada sesi uji bakat yang diadakan.
Karnival Seni Belia 2024 ini merupakan inisiatif dibawah segmen rakan muda iaitu rakan muzik anjuran MBM dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Alternate Record & Talent.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan adalah uji bakat belia, persembahan nyanyian, pertunjukan fesyen dan pelbagai lagi aktiviti menarik.