MAJLIS BELIA MALAYSIA

Karnival Pentas Belia TN50 Kunak 2017 – 2050

Kunak 2 Mei – Telah berlangsung dengan jayanya Karnival Pentas Belia TN50 Kunak 2017 – 2050 pada 30 April hingga 1 Mei 2017.Program ini berlangsung di Dewan Masyarakat Sri Kunak dan Padang Kunak ini adalah anjuran bersama Majlis Belia Malaysia.

Dimulakan pada sebelah pagi Program Bicara Belia : TN50 Aspirasi Belia Dan Masyarakat Kunak yang menampilkan ahli panel iaitu En. Suhaimi Atal Pengarah BN4U Malaysia dan Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia dan moderator oleh Sdr. Saidin Sahid Ahli Parlimen Belia Sabah, Merangkap Pengarah Program Karnival TN50 Kunak 2017.

Pada sebelah malam pula berlangsung Majlis Pelancaran Karnival TN50 oleh YB. Datuk Hj. Datu Nasrun Bin Hj. Datu Mansur dengan pengisian oleh persembahan Band Kunak.

Diteruskan lagi pada hari akhir dengan program Seminar E-Usahawan TN50 : Generasi Usahawan Global Berpendapatan Tinggi oleh En. Khairil Izwan Jamros Usahawan Internet Sabah.

 

   

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »