SEREMBAN 20 Ogos – Sempena sambutan bulan kemerdekaan, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Jerlang Pantai Sport Fishing telah menganjurkan Karnival Memancing Malaysia Madani bertempat di Kolam Memancing Jerlang Pantai, Seremban.
Seramai 230 orang peserta telah menyertai pertandingan ini terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan peminat aktiviti memancing ini.
Karnival ini merupakan salah satu pendekatan MBM kepada golongan belia yang meminati hobi ini di samping salah satu acara sambutan hari kebangsaan ke-66.
Pertandingan yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM20,550.00.
Simbolik kepada program ini adalah nyanyian lagu patriotik (Negaraku dan Jalur Gemilang) sebelum pertandingan bemrula sebagai menyemarakkan rasa patriotik di kalangan masyarakat.
Hadir sama Naib Presiden MBM, Sdr. Gobi Kumaran dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun yang sama-sama memeriahkan program serta menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang.
























