TAWAU 11 Julai – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Jessy Ng Chor Eng telah mewakili Presiden MBM menghadiri Majlis Perasmian Karnival Belia Sabah 2026 di Kompleks Sukan Tawau baru-baru ini.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Nizam Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, mewakili Ketua Menteri Sabah, dan turut dihadiri YB Mordi Bimol, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Sempena majlis ini, Sukarelawan Belia Sabah Maju Jaya (SMJ) turut dilancarkan sebagai platform memperkasa belia Sabah menjadi generasi yang berdaya saing, berintegriti, inovatif serta membudayakan semangat kesukarelawanan.
Tahniah kepada seluruh belia Sabah! Terus melangkah sebagai generasi yang menginspirasi, menyumbang kepada masyarakat dan menggerakkan masa depan negeri.
Kredit : @Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif









