Senawang 30 April – Karnival Belia Negaraku @ Senawang berjaya dilangsungkan dengan jayanya di Dataran Senawang, Negeri Sembilan pada 29 April 2018
Antara aktiviti yang diadakan ialah pertandingan E-Sport (fifa online dan mobile legends), pameran kesihatan percuma, BN Jobs Fair dan Food Truck. Turut memeriahkan lagi karnival ini ialah dengan persembahan artis popular seperti Waris, Justin, Datuk Hattan dan lain-lain lagi disamping demostrasi Sky Runner.
Majlis perasmian ini dirasmikan oleh YB. Brig Jen. Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan dimana turut hadir Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan YBhg. Puan Azura Bt. Hj Sarbi, Timbalan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Naib Presiden MBM/Duta Belia TN50 Sdr. Jufitri Joha, Exco MBM Sdr. Wan Mohd Husni, Naib Presiden MBN Negeri Sembilan Sdr. Rafi Murad dan Ahli Parlimen Belia Negeri Sembilan.