JOHOR BAHRU 2 November – YAB Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail telah hadir merasmikan Karnival Beli Barangan Malaysia 2019 peringkat kebangsaan yang berlansgungs di Dataran Angsana Mall di sini.
Majlis Belia Malaysia (MBM) turut hadir memenuhi undangan dan diwakili oleh Sdr. Mohd Fared Mohd Khalid, Exco MBM.
Program KPDNHEP itu menghasratkan agar rakyat Malaysia terus menyokong dengan membeli hasil keluaran rakyat Malaysia. Ia bukan sahaja akan meningkatkan ekonomi masyarakat dan negara, bahkan akan menerapkan semangat patriotisme rakyat terhadap negara.
Belilah barangan keluaran tempatan!