Kuala Lumpur 18 Ogos – Telah berlangsung dengan jayanya program Kafe Inovasi Sosial Belia siri ketiga di Bilik Latihan ABS Taman Cemerlang, Gombak pada 17 Ogos 2016 yang bermula pada pukul 8.30 malam dan berakhir pukul 10.30 malam dengan kehadiran sebanyak 5 wakil dari PKPIM,YBAM, Majlis Belia Orang Asli dan Yayasan Telokom Malaysia (YTM).
Program ini bertujuan untuk memupuk dan mengekalkan daya gerak ahli jawatanjuasa PISB dan badan-badan gabungan MBM terhadap inovasi sosial belia dan merupakan aktiviti mingguan anjuran Pusat Inovasi Sosial Belia MBM dengan kerjasama dari sekolah business ABS.
Pengisian ini merangkumi pembentangan tema oleh Sdr. Thai Ming Yeow Exco MBM, maklum balas oleh peserta dan perbincangan kerja susulan lepas program…