MAJLIS BELIA MALAYSIA

JKPB Terus Perkasa Agenda Membangun Belia Malaysia

KUALA LUMPUR 21 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia (JKPB) Bil. 1/2026 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat tersebut bersetuju memperkenalkan tiga inisiatif utama bagi memperkukuh peranan belia sebagai ejen perubahan, termasuk meningkatkan kefahaman terhadap demokrasi dan literasi politik, memperkasa kesedaran keselamatan jalan raya serta memberi tumpuan kepada golongan belia dalam kategori NEET (Not in Employment, Education or Training).

Dalam masa yang sama, usaha memperkukuh pembentukan jati diri belia terus diperkasa melalui inisiatif Rakan Muda sebagai platform pembangunan sahsiah dan kepimpinan generasi muda.

JKPB kekal sebagai platform strategik yang menghimpunkan pelbagai kementerian dan agensi bagi menyelaras dasar serta inisiatif pembangunan belia secara menyeluruh dan bersepadu.

Turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Taufiq Johari; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol; Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Rahimi Ismail serta barisan pengurusan tertinggi Kementerian Belia dan Sukan.

MBM menegaskan komitmen berterusan sebagai rakan strategik kerajaan dalam menyumbang idea, tenaga dan kepakaran bagi merealisasikan aspirasi belia Malaysia selaras dengan kerangka Malaysia MADANI.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »