Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM), Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan Seminar Pendekatan Wasatiyyah: Pemacu Peradaban Negara 2014 pada 30 September 2014, bertempat di Auditorium Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.
Seminar ini akan dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Seminar ini dijadualkan bermula pada 8.30 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Antara tajuk Ucap Utama ialah “Pendekatan Wasatiyyah Pemacu Peradaban Negara” oleh YBhg. Tan Sri Dr. Abdullah Md Zin, dan forum “Pendekatan Wasatiyyah : Ke Arah Pembangunan Lestari” yang panelnya YBhg. Ust dr Hj Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim dan YBhg. Ust Badli Shah Alauddin. Moderator forum ialah YBrs. Sdr. Jufitri Joha.