MAJLIS BELIA MALAYSIA

JELAJAH RAMADHAN MAJLIS BELIA MALAYSIA KE UTARA @KEDAH/ PULAU PINANG

Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyambung sesi Jelajah Ramadhan negeri-negeri utara semenanjung. Antara pengisian program ini ialah penyampaian sumbangan, majlis iftar, moreh dan santai bersama kepimpinan negeri dan daerah.  

31 Mei 2019, Sungai Petani

Lokasi pertama MBM telah menghantar bantuan Sinar Kasih Ramadhan (SKR) MBM – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada asnaf kawasan Sungai Petani, Kedah. MBM turut mengambil kesempatan beramah mesra dan bertanya khabar Pengerusi Majlis Belia Daerah (MBD) Kuala Muda, Sdr. Hezry Hery.

31 Mei 2019, Kuala Ketil

Ramah Mesra MBM bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Kedah diketuai Sdr. Hamdan Jamel, Pemangku Presiden dan Ustaz Zul Azri, Setiausaha MBN Kedah.

31 Mei 2019, Seberang Perai

Singgah Moreh dan Bantuan Sinar Kasih Ramadhan (MBM) – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) kepada keluarga ibu tunggal di Bukit Mertajam, Seberang Perai. Turut bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang.

1 Jun 2019, Nibong Tebal

Ramah Mesra dan Moreh bersama kepimpinan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan kepimpinan Majlis Belia Daerah Seberang Perai Selatan

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »