MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Penaziran MBD: MBM Dekati, Dengar dan Perkasa Belia Akar Umbi

JOHOR 18 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Khas Penaziran telah mengadakan Jelajah Penaziran Majlis Belia Daerah (MBD) Zon Selatan sebagai usaha mendekati, memahami dan memperkukuh gerakan belia di peringkat akar umbi.

Pengerusi Program merangkap Bendahari Kehormat MBM, Mohd Izham Ahmad berkata jelajah tersebut memberi peluang kepada MBM meninjau secara langsung aspek pengurusan, pentadbiran serta gerak kerja pembangunan belia di peringkat daerah.

Sepanjang jelajah, rombongan penaziran mengadakan kunjungan ke Majlis Belia Negeri Johor, MBD Tangkak, MBD Kota Tinggi, MBD Port Dickson dan MBD Petaling selain mengadakan sesi perkongsian bersama kepimpinan MBD.

“Pertemuan ini bukan sekadar penaziran, tetapi menjadi ruang untuk MBM mendengar pandangan serta memahami keperluan, cabaran dan aspirasi gerakan belia di akar umbi yang menjadi antara kekuatan MBM selama ini,” katanya.

Turut serta Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin.

Inisiatif berkenaan diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama antara MBM-MBN-MBD, di samping memperkasakan tadbir urus serta gerak kerja belia agar lebih tersusun, inklusif dan memberi impak kepada komuniti.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »