MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah ‘Menggerak Belia’ HBN 2026 Terus Membara di Bumi Kenyalang

LAWAS 27 April – Jelajah ‘Menggerak Belia’ sempena Hari Belia Negara (HBN) 2026 terus mengorak langkah apabila memasuki checkpoint ke-13 di Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS), Lawas, menandakan permulaan siri jelajah di Borneo dengan penuh semangat dan energi anak muda.

Program ini berjaya menghimpunkan komuniti belia setempat dalam suasana meriah melalui pelbagai pengisian menarik. Antaranya termasuk aktiviti Zumba Belia yang bukan sahaja menceriakan program, malah turut memupuk gaya hidup sihat, kecergasan fizikal serta semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

Majlis turut diserikan dengan gimik perasmian menerusi penyerahan Kotak Hari Belia Negara 2026 yang telah disempurnakan oleh Exco SABERKAS Negeri Sarawak, Saudara Steve Lius. Kehadiran beliau mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkasa belia agar terus aktif, bersatu dan memainkan peranan signifikan dalam pembangunan masyarakat.

Persinggahan di Sarawak ini merupakan kesinambungan kepada kejayaan siri jelajah di Semenanjung Malaysia sebelum ini. Semangat ‘Menggerak Belia’ kini dibawa ke Bumi Kenyalang bagi menyemarakkan lagi aspirasi Hari Belia Negara 2026 bersama komuniti belia di negeri ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »