MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah ‘Menggerak Belia’ Hari Belia Negara 2026 – Checkpoint 12, Johor Bahru

JOHOR BAHRU 24 April – Jelajah ‘Menggerak Belia’ sempena Hari Belia Negara (HBN) 2026 di Semenanjung melabuhkan tirainya dengan penuh semangat dan aura luar biasa menerusi checkpoint terakhir di TMIYC Johor Bahru.

Persinggahan penutup ini berjaya menghimpunkan komuniti belia Johor dalam suasana penuh energi melalui pelbagai aktiviti menarik seperti senamrobik, Brisk Walk Santai MBN Johor bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, serta gimik simbolik penyerahan Kotak HBN 2026.

Detik kemuncak program menyaksikan penyerahan Kotak HBN 2026 oleh Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Sdr. Azhar Dato’ Zainal Abidin kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Encik Zurihanmi Zakariya – sebagai simbol kesinambungan gerakan belia ke peringkat seterusnya.

Turut memeriahkan program ialah Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdri. Eng Chor Eng, Exco MBM Sdr. Nor Shawaludin Abdul Malik serta barisan kepimpinan Majlis Belia Negeri Johor.

Dengan berakhirnya checkpoint di Johor ini, maka lengkaplah siri jelajah ‘Menggerak Belia’ merentasi Semenanjung – satu perjalanan penuh inspirasi yang menyatukan suara dan semangat anak muda dari utara hingga ke selatan tanah air.

Namun, ini bukan penamat.

Semangat belia terus menyala. Jelajah ‘Menggerak Belia’ bakal diteruskan merentasi Laut China Selatan menuju ke Sarawak, membawa aspirasi dan gelombang anak muda ke Bumi Kenyalang.

Ayuh kita terus menggerak belia, membina masa depan!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »