MAJLIS BELIA MALAYSIA

JELAJAH KE MAJLIS BELIA NEGERI-NEGERI SEMPENA KONGRES BELIA MALAYSIA

SEREMBAN 31 Ogos – Berlangsung sesi perbincangan Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Negeri Sembilan di Pejabat Majlis Belia Negeri Sembilan. Majlis Belia Malaysia diketuai presidennya Sdr. Jufitri Joha. Perbincangan ini di dalam rangka jelajah ke Majlis Belia Negeri-Negeri sempena Kongres Belia Malaysia yang bakal tiba pada 15 September ini.

Antara isu dibangkitkan berkisar isu pergerakan belia dan kepimpinan pasca RUU 668 serta cabaran dalam menyediakan pimpinan pelapis baharu. Hangat juga diskusi tadi apabila menyentuh isu dana dan bantuan pentadbiran yang rata-ratanya terkesan dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Turut sama Naib Presiden MBM, Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »