Tanjong Malim 22 Okt – Jelajah Kampus 2016 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim Perak merupakan jelajah terakhir bagi sesi 2016 dengan penyertaan seramai 2000 orang peserta. Siri akhir ini bermula dengan program Wacana Terus Terang yang membincangkan topik “Cabaran Pendidikan Masa Kini : Peranan Belia Dan Pendidik” dimana menampilkan ahli panel Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM dan YDP MPP UPSI Sdr. Muhammad Syahmi Aiman. Moderator oleh Sdr. Rizan Hassan Ketua Penerangan MBM.
Jelajah kampus ini juga diadakan beberapa pameran booth seperti MYVOC. PKPIM (diwakili oleh KPIP), Majlis Belia Daerah Mualim, Battle Robotics Competitions, SketchMob dan turut terdapat booth kedai gunting rambut, booth menjual pakaian dan minuman.
Seperti siri jelajah sebelum ini antara pengisian menarik ialah aktiviti MyVoc Go Green melibatkan penyertaan 30 orang yang membuat barangan yang berguna daripada bahan kitar semula dan MyVoc Community melibatkan penyertaan 30 orang mengadakan aktiviti gotong-royong di sekitar UPSI.
Turut diadakan Battle Robotic Competitions dengan dimenangi oleh Kumpulan Infinity sebagai Johan, Kumpulan ERC 1 Naib Johan, Kumpulan Jebat RC Tempat Ketiga, Kumpulan ERC 2 Tempat Keempat dan Kumpulan Innovation Johan Rumblez.
Pada pukul 2.30 petang berlangsung program Walkabout YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia ke perkarangan Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk sama-sama memeriahkan Jelajah Kampus Rakan Muda bersama Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan. Kehadiran YB Brigadier Jeneral Khairy Jamaluddin disambut ribuan pengunjung yang hadir memeriahkan jelajah kali ini.
Pada pukul 5.00 petang berlangsung perlawanan bola sepak 3 penjuru padang bola sepak bersebelahan Dewan SITC, UPSI dengan keputusan penuh menyaksikan UPSI FC sebagai Juara, KVSR sebagai Naib Juara dan Majlis Belia Daerah Mualim Tempat Ketiga.
Program Jelajah Kampus ini adalah diketuai oleh Ketua Penyelaras Program MBM iaitu Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM..
Jelajah Kampus Rakan Muda edisi kali ini yang bertempat di UPSI merupakan destinasi terakhir selepas menjelajah enam universiti di seluruh negeri.