Kuala Terengganu 7 Okt – Jelajah Kampus 2016 yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) Terengganu telah melabuh tirai dengan penyertaan seramai 2000 orang peserta. Siri kali ini bermula dengan program Wacana Terus Terang yang membincangkan topik “Mahasiswa MLM” dimana menampilkan ahli panel Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) Sdr. Zaidi Muda, YDP Majlis Perwakilan Pelajar UNISZA Sdr. Muhammad Nursyazwan Zainudin dan moderator oleh Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan. Disamping itu juga serentak berlangsung Pertandingan Futsal Muhibbah di Gelanggang Futsal UNISZA dengan penyertaan dari MBNT, Majlis Belia Daerah Kuala Terengganu, MPP UNISZA dan PERMATA UNISZA. Keputusan perlawanan adalah dimenangi oleh MBNT sebagai Johan, Naib Johan MBD Kuala Terengganu, tempat ketiga PERMATA UNISZA dan tempat keempat MPP UNISZA.
Jelajah kampus ini juga diadakan beberapa pameran booth seperti MYVOC. PKPIM (diwakili oleh Kepitar), GPMS dan Battle Robotics Competitions, juga terdapat booth kedai gunting rambut, booth menjual pakaian dan minuman.
Keputusan pertandingan Battle Robotics Competitions dimenangi oleh Kumpulan Slash 2, naib johan Kumpulan Mersing 2, tempat ketiga Kumpulan Entercoridor A dan tempat keempat Kumpulan Mersing 1.
Pada sebelah petang berlangsung program Walkabout YB. Khairy Jamaludin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia di sekitar ruangan dewan utama dan sekitarnya. YB. KJ sempat melawat booth pameran MYVOC dan lain-lain serta YB. KJ mencuba alat Robotic di booth Battle Robotics Competition. Serentak dengan itu juga berlangsung program Go Green yang melibatkan penyertaan seramai 350 orang peserta daripada MYVOC, Majlis Belia Negeri Terengganu, pihak pengurusan & pelajar Unisza. Program ini melibatkan 600 tanaman pokok pelbagai jenis di sekitar tapak yang akan dijadikan salah satu Dataran Unisza yang mana dirasmikan oleh Naib Canselor UniSZA Prof. Dato Dr Ahmad Zubaidi Bin Abd Latiff. Turut hadir TNC HEPA UniSZA Prof. Dr. Nik Wan Bin Omar…
Program Jelajah Kampus ini adalah diketuai oleh Ketua Penyelaras Program MBM iaitu Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM..