Subang Jaya 21 Okt – Jelajah Kampus 2016 di Taylor’s University, Subang Jaya Selangor Terengganu telah melabuh tirai dengan penyertaan seramai 500 orang peserta. Siri kali ini bermula dengan program Wacana Terus Terang yang membincangkan topik “Penglibatan Belia” dimana menampilkan ahli panel Presiden Young Malaysians Movement (YMM) Sdr. Qiew Sir Boon dan Naib Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha. Moderator oleh Exco MBM Sdr. Thai Ming Yeow. Turut hadir Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup.
Disamping itu juga serentak berlangsung Battle Robotic Competitions dengan dimenangi oleh Kumpulan Slash 2 sebagai Johan, Kumpulan Slash 1 Naib Johan, Kumpulan ECTC Tempat Ketiga dan Kumpulan KVTC Tempat Keempat.
Jelajah kampus ini juga diadakan beberapa pameran booth seperti MYVOC. PKPIM (diwakili oleh Kepitar), Battle Robotics Competitions, SketchMob dan turut terdapat booth kedai gunting rambut, booth menjual pakaian dan minuman.
Pada pukul 10.30 pagi berlangsung program Walkabout YB. Khairy Jamaludin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia bersama Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal melawat booth pameran yang disediakan dan berkesempatan singgah di Wacana Terus Terang dan Meet Cerita.
Disamping itu juga berlangsung Sukan Belia dengan penglibatan sebanyak 6 pasukan dan juga program Go Green mengedar beg hijau kepada orang ramai dengan penglibatan Majlis Belia Petaling Jaya dan beberapa orang sukarelawan MYVOC
Program Jelajah Kampus ini adalah diketuai oleh Ketua Penyelaras Program MBM iaitu Sdr. Hasnul Haniff Harun Exco MBM..