MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku Zon Selatan Dan Borneo

KUALA LUMPUR 19 Sept – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan siri Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku Zon Selatan dan Zon Borneo bermula pada 14 hingga 16 September 2018.

Program ini bermula di Melaka.Johor dan Sabah dengan diadakan program Bicara Tokoh, Edaran Jalur Gemilang, Perlawanan Persahabatan Pilihan YB Syed Saddiq menentang Dugong All Stars, Explorasi Belia Sayangi MalaysiaKu, Pelepasan Konvoi Bermotor, Konvoi Sayangi Malaysia 2018 dan berakhir dengan program sempena Sambutan Hari Malaysia di Kota Kinabalu Sabah.

Turut hadir memeriahkan program ini Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi, Timbalan Presiden MBM Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Naib Presiden MBM Sdr, Jufitri Joha,barisan Exco-Exco MBM,Majlis Belia Felda Malaysia dan Majlis Belia Sabah.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »