MAJLIS BELIA MALAYSIA

“Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku” semarakkan hari kebangsaan

KUALA LUMPUR 30 Ogos. – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menganjurkan siri Jelajah Belia Sayangi Malaysiaku melalui zon utara, timur, selatan dan tengah bermula hari ini hingga 16 September 2018.

Program yang diadakan sempena bulan kemerdekaan ini, bertujuan membangkitkan semangat cintakan negara dalam masyarakat khususnya generasi muda selain menyemarakkan sambutan hari kebangsaan kali ke-61.

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup berkata, konsep jelajah sama seperti tahun-tahun sebelumnya, cuma ada kelainan sedikit di mana adanya pengisian perkongsian tokoh belia selari dengan sambutan 7 Dekad MBM.

Antara pengisian lainnya seperti edaran Jalur Gemilang, ceramah kemerdekaan di sekolah-sekolah terpilih, penyampaian sumbangan, akvititi menceriakan rumah perlindungan kanak-kanak OKU, perlawanan bolasepak dan lain-lain.

“Selain itu, diharapkan program ini juga mampu menjadi medium menyemai semangat patriotik kepada  generasi baru yang selesa mewarisi kemerdekaan negara,” katanya.

“Ini adalah saat paling sesuai untuk setiap rakyat mengukur tahap rasa cinta dan kasih pada negara ini. MBM sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mempertahankan prinsip masyarakat yang bernegara sejak 1948 tidak akan berasa letih dan mengalah untuk mengajak generasi muda memaparkan sifat patriot yang sebenar”.

Simbolik pelepasan konvoi ini telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada 13 Ogos di Wisma MBM, Kuala Lumpur.

Turut serta dalam siri jelajah peringkat zon utara ini, Timbalan Presiden MBM, Mohd Zaidi Aziz, Naib Presiden MBM, Jufitri Joha, Ketua Penerangan MBM, Mohammad Rizan Hassan, EXCO MBM, Hasnul Haniff Harun, Wan Mohd Husni Abdullah dan Izzat Afifi Abdul Hamid.

Konvoi jelajah ini turut mendapat tajaan 2 buah kenderaan SUV dari KIA Motorsport selain kerjasama daripada majlis belia negeri dan daerah yang disingahi.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »