MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 Peringkat Negeri Sarawak

Kota Samarahan 4 Ogos – Jelajah Advokasi Connected-Youth Malaysia 2017 Peringkat Negeri Sarawak berlangsung dengan jayanya di Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan Sarawak dimana anjuran bersama MCMC dan MBM.

Siri jelajah ini dimulakan dengan slot Cabaran Dunia Digital oleh Tuan Kamal Affendi Hashim Penganalisis Jenayah.

Sesi seterusnya adalah slot Aspirasi Belia Untuk Industri Telekomunikasi dan Multimedia Tahun 2050. Moderatornya oleh En. K. Jusly Elis Ketua Jabatan Perlaksanaan Dan Jangkauan yang menampilkan 2 orang ahli panel iaitu Pengarah MCMC Wilayah Sarawak Tuan Hj. Roslan Mohamad dan Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan

Majlis perasmian Jelajah Advokasi Connected – Youth Malaysia 2017 Peringkat Negeri Sarawak ini dirasmikan oleh YB. Mohammad Razi Sitam, ADUN Saribas merangkap Penolong Setiausaha Agung SABERKAS Negeri.

Turut hadir Puan Zurina Pengarah Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan dan MBM dihadiri oleh Ketua Penerangan MBM Sdr. Rizan Hassan.

 

   

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »