PETALING JAYA 5 Jan – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid telah menghadiri Majlis Penutupan JCI Malaysia Leadership Summit 2025 yang berlangsung di MAHSA Avenue International College, Petaling Jaya.
Terima kasih Sdr. Tan Wei Jian selaku Presiden Junior Chamber International Malaysia 2025 atas jemputan dan penganjuran program yang sangat bermanfaat ini.
Presiden MBM juga sempat menyampaikan ucapan perasmian dan menyuntik semangat para delegasi bagi menggerakkan belia di akar umbi dan mengantarabangsakan program bersempena Kepengerusian ASEAN di Malaysia.
Turut hadir sama Bendahari Kehormat MBM,Sdr. Mohd Izham Ahmad dan Presiden MIYC Kebangsaan, Sdr. Dhanesh Basil.