PUTRAJAYA 23 April – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Panel Pemilih Penasihat Anak Muda kepada YAB Perdana Menteri yang berlangsung di Kementerian Belia dan Sukan bagi memuktamadkan 10 anak muda yang terpilih.
Sebelum ini, seramai 22 orang calon telah menjalani pemilihan terakhir melalui grup dinamik yang dijalankan pada awal April 2021.
10 nama tersebut dijangka diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu Hari Belia Negara 2021. Idea Penasihat Anak Muda PM ini adalah cetusan MBM ketika Hari Belia Negara 2020 dan dipersetujui oleh YAB Perdana Menteri.