MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jambori Sukan , Rekreasi & Kembara Kali Ke-2 2017

Pada 14 hingga 15 Oktober 2017 telah berlangsung dengan jayanya program Jambori Sukan , Rekreasi & Kembara Kali Ke-2 2017 sempena Hari Sukan Negara anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dengan diselaraskan oleh Malaysia Four Wheel Drive Association (Malaysian 4WD) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Majlis Belia Negeri Perak, Majlis Daerah Tanjong Malim dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang bertempat di Kg. Ulu Slim River, Tanjung Malim Perak.

Program perasmian pembukaan ini dirasmikan oleh Sdr. Zaidi Aziz Timbalan Presiden MBM. Turut hadir sama Presiden Malaysian 4WD YB Dato’ Azizul Rahman.

Antara pengisian program ini adalah pertandingan motorcross, Pacuan Empat Roda 4×4 short body dan long body, fun Race ATV, Pertandingan memancing, pertandingan memasak, pertandingan lagu puisi, pertandingan bahasa jiwa bangsa, persembehan kumpulan Nadia Akustika dan kumpulan Terrarosa.

Majlis perasmian penutup dan gimik penutup dirasmikan oleh YB. Dato’ Hajjah Rusnah Kassim ADUN Behran.Turut berlangsung penyampaian hadiah dan cenderamata kepada peserta program dan sesi berakhir dengan bergambar kenangan.

 

                                                     

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »