Pada 6 hingga 8 Mei 2016 telah berlangsung dengan jayanya program Jamboree Sports, Recreational & Adventure 2016 sempena Hari Belia Negara anjuran Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Belia Dan Sukan, Majlis Belia Malaysia dengan diselaraskan oleh Malaysia Four Wheel Drive Association (Malaysian 4WD) bersama rakan strategik Majlis Belia Negeri Perak dan Majlis Daerah Tanjong Malim yang bertempat di Kg. Ulu Slim River, Tanjung Malim.
Penyertaan yang menggalakkan sebanyak 742 buah pacuan empat roda 4×4 dari pelbagai kelab seluruh Malaysia.
Program ini dirasmikan oleh YB. Encik Khairy Jamaluddin Menteri Belia Dan Sukan Malaysia beserta dengan Gimik Pelancaran Penubuhan Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia. Turut hadir sama Presiden MBM Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi dan Presiden Malaysian 4WD Encik Azizul Rahman. YB. Encik Khairy Jamaluddin juga berkesempatan melawat tempat program pertandingan Motorcross, Pacuan Empat Roda dan tapak perkhemahan Jamboree 4WD Malaysia.
Antara pengisian program ini adalah pertandingan Motorcross, Pacuan Empat Roda, Trail Run, Basikal Fun Ride, Kursus Klinik Radio Amatur, Kursus Klinik Asas 4WD, Autoshow 4WD, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak, persembahan kumpulan Busker, kumpulan FTG, persembahan Beatbox dan kumpulan XPDC.