MAJLIS BELIA MALAYSIA

Jais, Nagespary dinobat tokoh belia

BUTTERWORTH 20 Mei 2012 – Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Jais Abdul Karim dan Timbalan Presiden Majlis Kelab Bell Tamil negeri, N. Nagespary dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri pada tahun ini.

Pengiktirafan tersebut diberikan atas usaha dan kesungguhan mereka membangunkan program-program belia di negeri ini.

Kedua-dua anak jati Pulau Pinang itu menerima wang tunai RM5,000 serta piala iringan yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sementara itu, kira-kira 5,000 belia menghadiri sambutan hari belia peringkat negeri bertemakan Transformasi Jadikan Esok Lebih Baik Dari Hari Ini di perkarangan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini semalam.

Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, pelbagai acara menarik diadakan khusus untuk golongan muda termasuk persembahan kesenian dan kebudayaan, pertunjukan motosikal berkuasa tinggi serta demonstrasi pemanduan drift.

“Banyak acara menarik disusun bagi menarik golongan belia menyertai sambutan ini sekali gus menghabiskan masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »