KUALA LUMPUR 12 Dis – Sesi Interview Bersama YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi rakaman video dokumentari Jubli Intan MBM telah berlangsung di Wisma MBM pagi ini.
Beliau yang juga mantan Menteri Luar Negeri berkongsi pengalaman ketika menerajui MBM dari tahun 1998-2002.
Antara yang menarik disebut beliau adalah program ‘Patriotisme Malaysia Alaf Baru’ yang dilaksanakan MBM pada tahun 1999 adalah putik kepada kelahiran Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Beliau turut menitipkan pesan kepada pimpinan MBM akan datang supaya berpijak kepada idealisme dan empower diri sendiri.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Setiausaha Agung MBM,
Sdr. Hasnul Haniff Harun.