RUSIA 26 Ogos 2026 – Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Dr. Loshseni, bersama empat orang murid telah selamat tiba di Arkadash Camp, Republik Tatarstan. Hari pertama dimulakan dengan Majlis Pembukaan Rasmi, Kami turut berkesempatan untuk bertemu dan beramah mesra dengan Mr. Marat Gatin, Deputy Chairman of the Strategic Vision Group “Russia – Islamic World”. Pelbagai kelas bahasa, aktiviti seni dan kreativiti serta Global Village yang menghimpunkan pelbagai budaya dari seluruh dunia. Para delegasi berpeluang memperkenalkan budaya Malaysia, menikmati makanan tradisional serta membina persahabatan antarabangsa. Pengalaman hari pertama yang penuh pembelajaran, kreativiti dan pertukaran budaya! ✨







