KUALA LUMPUR| 8 JANUARI 2020 – Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan telah hadir mewakili MBM ke program tersebut bertempat di Sime Darby Convention .
Program dianjurkan bersama The International Institute of Islamic Thought (IIIT), Muslim Professionals Forum (MFP) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) ini menampilkan tiga tokoh hebat iaitu Dr. Yasir Qadhi, Sheikh Omar Suleiman dan Sheikh Nuruddin Lemu.
Ketiga-tiga Tokoh ini juga tampil bersama dalam sesi forum di mana moderatornya adalah YB Nurul Izzah. Majlis diakhiri dengan Ucaptama oleh YB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Persidangan ini membicarakan tentang isu ummah dan persaingan global dalam contemporary Islamic discourse.
Turut disentuh dasar Lita’arafu (saling kenal mengenali) antara elemen penting dalam kita berusaha memaknai & menerima kepelbagaian.


