Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) memenuhi undangan State Duma of the Federal Assembly of the Russian Federation menghadiri International Forum “Development of Parliamentarism” pada 1-3 Julai 2019 di WTC Moscow Congress Centre, Rusia.
Persidangan dihadiri ahli parlimen, akademia, pakar rujuk dan pertubuhan masyarakat sivil daripada seluruh dunia.
Persidangan memfokuskan peranan ahli legislatif dalam menangani isu semasa berkaitan keselamatan, keamanan, belia, ekonomi digital dan kerjasama di antara parlimen.
Turut serta Ahli Parlimen Kuching YB Kelvin Yii dan saudara Selvaakumaran mantan Presiden Parlimen Belia Malaysia.
Presiden MBM turut mengambil peluang perbincangan informal bagi membentuk jaringan kepintaran dan kerjasama baharu bagi memajukan belia dan Negara dengan para delegasi yang hadir.
Tentatif, dokumen dan bahan bacaan persidangan boleh diakses di http://duma.gov.ru/international/forum_english/