DALAM TALIAN 4 Ogos – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik MBM telah menyertai intensif khusus mengenai tawaran program pengajian tinggi di Institut Penilaian Negara (INSPEN) Bangi. Perbincangan diadakan melalui aplikasi Zoom.
Kursus-kursus yang ditawarkan oleh pihak INSPEN dilihat sangat strategik untuk memenuhi pasaran industri hartanah negara. Para belia yang mengikuti pengajian peringkat sijil di INSPEN akan mendapat peluang kerjaya dalam bidang hartanah yang pastinya menawarkan potensi ekonomi kepada mereka.
Hadir bagi pihak INSPEN dalam mesyuarat taklimat ini ialah Puan Syazwana Mohd Sodikin, Ketua Unit Korporat dan Perhubungan Awam dan Puan Marliyana Saharan, Pensyarah Pusat Akademik. MBM akan mengadakan taklimat dan penerangan khas mengenai peluang menyambung pengajian kepada belia-belia dalam masa terdekat.