KUALA LUMPUR 2 Feb – PERKESO melalui Bahagian Perkhidmatan Pekerjaan (Keusahawanan) , Sdr. Dedi Syedputra Mohd Hairi dan Sdri. Nura Syafiah Mohamad Yusoh telah hadir ke Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membincangkan kerjasama berterusan bagi menawarkan skim yang boleh dimanfaatkan di bawah PERKESO.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksanakan skim keselamatan sosial di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan 1969. Banyak inisiatif yang ditawarkan di bawah PERKESO yang boleh dimanfaatkan terutamanya Pasca Covid 19 di bawah perlindungan sosial pekerja seperti Sistem Insurance Pekerjaan.
Perbincangan kali ini lebih fokuskan kepada segment keusahawanan melalui tiga tawaran insentif iaitu Program Startup PERKESO, Program Cakna Prihatin 2.0 dan Program Bersama Agensi Keusahawanan. Sasaran penyertaan adalah dari kalangan belia atau golongan yang berminat dalam bidang keusahawanan, banduan, wanita, orang asli dan orang kurang upaya.
Hadir bersama dalam perbincangan ini, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM. MBM merasakan pentingnya inisiatif ini disebarluaskan agar semua masyarakat terutama golongan belia dapat manfaatkan inisiatif yang ditawarkan ini.