MAJLIS BELIA MALAYSIA

Inisiatif PERKESO dalam keterjaminan pekerjaan kepada golongan belia

KUALA LUMPUR 2 Mac – Satu pertemuan telah berlangsung di antara wakil Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang diwakili oleh Encik Dedi Syedputra Mohd Hairi dan Encik Muhammad Aiman Hakimi Hasanuddin dari Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO di Wisma MBM.

Beberapa perkara telah dibincangkan antaranya peluang pekerjaan melalui Inisiatif MyFutureJobs dalam memastikan keterjaminan pekerjaan atau mendapatkan pekerjaan formal kepada orang bekerja sendiri (OBS) termasuk yang sedang bekerja dalam sektor GIG sepenuh masa.

Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM telah bersama-sama dalam sesi pertemuan ini. MBM mengambil pendekatan positif yang mana setiap inisiatif yang bagus dan terbaik sepatutnya dapat disebarkan kepasa sasarannya terutama kepada golongan belia. MBM akan menjadi orang tengah dalam berkongsikan setiap inisiatif yang ditawarkan agar manfaat ini dapat diambil.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »