KUALA LUMPUR 12 September – Malis Belia Malaysia (MBM) terus mengaktifkan peranannya sebagai badan induk kepada pergerakan belia di Malaysia.
Tumpuan menggalakkan belia menyertai persatuan sama ada yang sedia ada atau perlu diadakan terus diberikan tumpuan. Terbaharu, MBM telah mengelola dan mempengerusikan sementara bagi pihak penubuhan Jawatankuasa Penaja Persatuan Guru Muda Malaysia.
Hasrat penubuhannya tidak lain selain menjadi sebagai wadah menyuarakan kebajikan guru muda, menjadi kumpulan semak dan imbang, memastikan keterlibatan guru dengan kegiatan NGO diluaskan serta wadah perkongsian pintar profesion perguruan.
10 orang Ahli Jawatankuasa Penaja yang terpilih merupakan mantan pimpinan jawatakuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus masing-masing daripada seluruh negara. Mereka akan meneruskan proses teknikal pendaftaran kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
Inisiatif penubuhan ini dilhamkan oleh MBM sebagai lanjutan daripada Konvensyen Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Seluruh Malaysia yang dikendalikan oleh MBM pada tahun lepas.
Hasrat ini turut mendapat sokongan daripada pihak IPG Malaysia. Manakala, Cikgu Salleh Hassan sebagai pegawai bertugas turut memberikan sokongan terhadap usaha ini. Mesyuarat pertama ini diwakili oleh Sdr. Muhamad Hanapi Jamaludin, Felo Penyelidik Pejabat Presiden MBM.