KUALA LUMPUR 24 Julai – Exco Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi merangkap Presiden Majlis Belia OKU Malaysia telah diundang sebagai juri program ‘Ideathon Challenge’ bertemakan “Memperkasa dan Mengangkat OKU Dalam Segmen Pekerjaan” sempena Expo Kerjaya yang berlangsung di World Trade Centre.
Seramai 40 orang belia termasuk OKU terlibat dalam program ini yang terdiri daripada 6 kumpulan.
Tahniah dan syabas diucapkan di atas inisiatif Enable OKU dalam menggalakkan inovasi kreatif dan kritis khususnya bagi pemerkasaan perkerjaan bagi OKU.




